Wednesday, 9 May 2012

jom??..kita jalan sama2?

assalamualaikum..


bila sebut pasal bertudung, alhamdulillah, sudah ramai yang pakai tudung sekarang ni
(hehehehe)..cuma satu jelah..soal sempurna atau tidak kita menutup aurat sudah jatuh entah ranking yang ke berapa.(pikir2.. = =').mostly, sekarang ni bertudung hanya kerana ibu bapa, fesyen, atau sudah terbiasa berbuat begitu..tada yang bertudung dan pakai baju yang sendat lagi ketat..alkisah, ada juga yang bertudung berbonggol unta (-.-)..itu dilarang sama sekali dalam islam..kata orang, ala maklumlah, jiwa muda..(-.-")


sebenarnya, bukan soal jiwa muda ke jiwa tua ke..soalnya kita islam..segala tindak tanduk kita Allah lihat..saya juga pernah menjadi begitu..saya juga masih belajar ke arah kebaikan..jomlah kita sama2 belajar..masih belum terlambat lagi..selagi kita bernama manusia, selagi itu kita melakukan kesalahan..tapi kesalahan mestilah tidak dilanjutkan..segeralah bertaubat..


tutup aurat bukan sahaja bila kita keluar rumah sahaja ye kawan2..tutup aurat juga pada sepupu lelaki, bapa saudara yang berkahwin dengan makcik kita..cubalah, (cbetrytest3X!) mula-mula memang susah, tapi lama-lama, insyaAllah..kita terbiasa..Allah pun akan permudahkan niat kita..(^_^) ada yang kata, "aku tak nak hipokrit tutup aurat bagai depan sedare!".sahabat, ini juga bukanlah soal hipokrit atau tidak (hmm..dengar2)..kenapa dalam soal aurat baru kita timbulkan soal hipokrit atau tidak..aduhai..(*o*')saya juga manusia yang hipokrit kadang-kadang..kita manusia biasa kan?.(betoi3) pernah dengar tak, setiap kebaikan yang kita lakukan itu akan menghilangkan satu titik hitam dalam hati kita ni..why not kita tutup aurat, cuba tengok..mana tau kita boleh sama-sama hilangkan hipokrit yang ada dalam hati kita ni..jom kita sama-sama cuba????



“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)


“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)


p/s: peringatan untuk diri saya juga!!! :)

No comments:

Post a Comment