assalamualaikum..
dah lama tak menulis kat sini kan..sebenarnya bukannya ape, pasal ada adik cuti kat rumah..bila dah tinggal sorang, inilah kerja sy..keh3..okeh, buat ape ye semua orang waktu ni..
tak de ape pun yang sy nak tulis..cuma, sy tersentuh hati dengan sekumpulan lelaki muda yang sudi tolong sy dan abah tolak kereta ahad hari tu..maklumlah, kalau hari ahad di sini, ada lah pekan sehari..mak dan abah sy berniagalah kat situ..nak dijadikan cerita, kereta abah sy ni asyik tak boleh start enjin dia..so, sy (seorang budak perempuan) cuba menolak kereta tu sorang2 sementara abah sy di dalam kereta..bukan apa, pertama, sy memang surrender kalau bab2 bawak kereta nih..kedua pulak, abah sy sakit..tu yang sy tak mahu dia tolak..jadi, tak apalah, sy pun tolaklah kereta tu..anda semua bayangkanlah, kudrat sy sebagai sorang perempuan nih..memang jauh kereta tu berjalan (haha..ayat perli je nih,..)..tak gerak langsung kereta tu..
alkisah, datanglah sorang laki muda yang tengah minum air.. "kenapa ni pakcik?"..."kereta tak boleh start pulak"..abah sy menjawab sambil buat2 gelak..lalu, abah sy suruh lelaki tu masuk dalam kereta, sementara abah dan saya sama2 tolak..duhai, abah yang tak berapa nak sihat, dan sy sebagai perempuan, memang tak gerak sangat..tiba2 datanglah sekumpulan lelaki, tolak sama dengan sy, alhamdulillah, kuasa ALLAH, kereta berjaya dihidupkan..sy tak sempat ucap apa2 pada mereka semua..kami selalu diuji dengan kereta kami yang bermasalah tu..
ada juga satu hari tu, dekat pasar..sekali lagi enjin tak boleh dihidupkan..kali ni sy seorang je yang tolak kereta..sy perasan orang yang lalu lalang tengok sahaja..tak ada seorang pun yang tolong sy sampai abah terpaksa panggil orang..ALLAH, tersentuhnya hati sy..saat sy , perempuan ni, tolak kereta yang mustahil untuk bergerak dengan tenaga sy, orang hanya mampu memandang..sungguh sy sedih..tapi, sy cerita pada mak..mak kata, siapa yang nak susah sama dengan kita, kak..mungkin orang tu ada penyakit sama macam abah kot..ya, mungkin juga sy tersalah faham..tapi, ALLAH menguji hingga kita mampu mengucap syukur walau hari itu sy dalam kesusahan..alhamdulillah..
sama2lah kita ingat pada ALLAH..in shaa ALLAH, kita akan dirahmati-NYA..dan pengajaran untuk kita kongsi bersama, walauapapun terjadi, jangan kita bersangka buruk pada ALLAH, jangan bersangka buruk sesama manusia..sy tahu itu susah..sy pun rasa susahnya, tapi, benda yg susah itu lah akan bawa kita ke syurga..in shaa ALLAH.. daebakk2..!!!!
p/s: take it easy..!
No comments:
Post a Comment