Wednesday, 25 July 2012

entry special!

sy nak menulis..kalau ada rezeki, jadilah sebuah buku...haha..kalau tak, sekerat sajalah..terimalah entry ni..he3..


Entah kenapa, perasaanku kurang enak setelah berjumpa dengan lelaki itu. Berada dekat dengannya membuat lubang hidungku seolah-olah tidak berdaya menyedut udara di sekelilingku.. Aku seperti mengenali lelaki itu. Ya, aku terlalu yakin. Gerak tubuhnya, suaranya seraya mengingatkan aku pada satu peristiwa yang sungguh aku sendiri berusaha semahunya memusnahkan ingatan sendiri jika aku berdaya.


“Iman, abang tak mampu berjanji lebih..tapi semahunya abang berusaha membina rumah tangga bertiangkan iman kita pada ALLAH, berlantaikan kasih dan sayang.. selagi jodoh bersama kita, in sha ALLAH..”

-Manisnya janji itu umpama madu..namun sayangnya, kuasa ALLAH menentukan segalanya..Dia pergi sebelum aku sempat menebarkankan kasih sayang, mengadunkan rencah-rencah bahagia dalam adunan rumah tangga..Dia pergi membawa janji-janjinya sekali..Memerangkap aku di dalam derita, hebatnya derita itu menjadikan aku manusia yang gagal mengawal akal..

“Sebolehnya jika saya punya kuasa menggantikan nyawa saya dengan dia, saya terlalu mahu berbuat demikian..tolonglah, maafkan saya..! sungguh, saya sudah tiada masa lagi..”

- Dia meragut seluruh rasa bahagia ketika bahagia itu mula menjalar ke seluruh urat sarafku dan dia juga menggantikan bahagia dengan derita.. Kalau air mata boleh membayar segalanya, sungguh, sudah lama aku menerima kata-kata maafnya..

Lantas aku menyusuri hidup dalam arus sendu..sukarnya hidup terasa seperti aku berjalan berlawanan daripada arus kehidupan.. Sakitnya kebenaran itu menjadikan aku insan yang hilang semua deria..antara rasa setia dan cinta yang baru berbunga, hatiku tersepit di tengah-tengah. 

No comments:

Post a Comment