Wednesday, 25 July 2012

entry special!

sy nak menulis..kalau ada rezeki, jadilah sebuah buku...haha..kalau tak, sekerat sajalah..terimalah entry ni..he3..


Entah kenapa, perasaanku kurang enak setelah berjumpa dengan lelaki itu. Berada dekat dengannya membuat lubang hidungku seolah-olah tidak berdaya menyedut udara di sekelilingku.. Aku seperti mengenali lelaki itu. Ya, aku terlalu yakin. Gerak tubuhnya, suaranya seraya mengingatkan aku pada satu peristiwa yang sungguh aku sendiri berusaha semahunya memusnahkan ingatan sendiri jika aku berdaya.


“Iman, abang tak mampu berjanji lebih..tapi semahunya abang berusaha membina rumah tangga bertiangkan iman kita pada ALLAH, berlantaikan kasih dan sayang.. selagi jodoh bersama kita, in sha ALLAH..”

-Manisnya janji itu umpama madu..namun sayangnya, kuasa ALLAH menentukan segalanya..Dia pergi sebelum aku sempat menebarkankan kasih sayang, mengadunkan rencah-rencah bahagia dalam adunan rumah tangga..Dia pergi membawa janji-janjinya sekali..Memerangkap aku di dalam derita, hebatnya derita itu menjadikan aku manusia yang gagal mengawal akal..

“Sebolehnya jika saya punya kuasa menggantikan nyawa saya dengan dia, saya terlalu mahu berbuat demikian..tolonglah, maafkan saya..! sungguh, saya sudah tiada masa lagi..”

- Dia meragut seluruh rasa bahagia ketika bahagia itu mula menjalar ke seluruh urat sarafku dan dia juga menggantikan bahagia dengan derita.. Kalau air mata boleh membayar segalanya, sungguh, sudah lama aku menerima kata-kata maafnya..

Lantas aku menyusuri hidup dalam arus sendu..sukarnya hidup terasa seperti aku berjalan berlawanan daripada arus kehidupan.. Sakitnya kebenaran itu menjadikan aku insan yang hilang semua deria..antara rasa setia dan cinta yang baru berbunga, hatiku tersepit di tengah-tengah. 

Wednesday, 18 July 2012

HADIAH??

assalamualaikum and good evening to all readers..

sy memang selalu lambat update blog..then, berita yang agak nak basi ni baru nak masuk dalam diari lah konon2 nya..setelah diperam2 hampir seminggu..hahah..sabtu yang lepas, result for course in degree sy keluar..maklumlah, sy ni ex student asasi, so, lambat sikit keluar result tu..ponter?...jangan tanya..heehehe...mmg sy tak bagitahu..kah3..malu sebenarnya..

pagi sabtu yang indah tu, memang sy ada kat kebun..biasalah, cari barang nak jual pada hari minggu..tiba2 bunyi lah henset sy.." toing2...".tak behenti2..ada yang dapat biokimia, veterinar, food service, petrokimia...tiba2 sy kecot perut..haha...bukan apa, latar belakang sy tak sehebat mereka..sy orang yg sangat2 biasa..sy orang kampung...pandai2 kena sedar dirilah..balik rumah, sy solat dulu..kata orang, utamakan ALLAH dulu, walau dalam hati ni dah ada irama keroncong..bila dah masuk link, isi kad pengenalan dan enter, sy tutup mata........bila sy buka.................

Nama:CIK SEMUT
Kad Pengenalan:**************
Status:BERJAYA
Semester:SEMESTER PERTAMA SESI AKADEMIK 2012/2013
Program Di Tawar:PM01 - DOKTOR PERUBATAN VETERINAR
# sorry, nama di atas bukan nama sebenar~

ALHAMDULILLAH......lega..tapi berapa minit lepas tu, sy tak tenang, ragu2 dan tak sedap hati...why2??..ALLAH bolak balikkan hati sy..mahu uji sy...sy pon mulalah "toink2" (text) kawan2 yang lain..ada yg balas dan ada yang tak..yang balas tu terima kasih walau anda pun sangat bz dok "toink2" orang lain jugak...kui3..dan yang tak balas tu, mungkin depa bz mcm2 program....maaf untuk mesej yg mengganggu tu..in sha ALLAH... doakn sy ye semua..nt ALLAH gerakkan hati sy untuk doakan anda..


SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR...!

Thursday, 12 July 2012

..i miss u..

salaamunalaikum....

apa khabar hangpa semua?..mintak2 sihat la no..keh3..dok tengok status kat fb ramai yang tak sedap badan tuh..jaga diri baik2 la ye..entry hari ni pasal MOMOii...cube teka sape MOMOii?...yeah, that was my kitty..!..nak cerita nih..MOMOii mati dua hari lepas,dan saya masih tak da mood nak cerita pasal dia..punca kematian, dia sembelit dan sy tak cari ubat pon..menyesal tak kira laa..



patut lah pelik kenapa dah sebulan bela masih tak ada perubahan..cuma perut ja makin kembun..3 hari tak berak, hari ke4 dia dah tak boleh survive..kiranya perut dia kembung sampai tak boleh nak jalan..last day saya bg dia makan, dia tak nak makan...dia ikut je saya jalan sana sini dengan kaki yang tak berapa nak kuat..sedihnya ingatkan dia..bila sya usapkan badan dia, baru dia makan..dia asyik bunyi je hari tu..sy faham dia nak beritahu sesuatu, tapi sejauh manalah kefahaman sy ni..yelah, sy ni manusia, dan dia pulak kucing..so, sy pun urut2 perut dia..sy dapat rasa ketulan2 najis kat perut dia..memang sangat keras..sy tolak ketulan tu perlahan2 ke bawah..tersentuh hati sy, lepas sy urut perut dia, dia mula korek tanah kononnya nak melepaskan hajat..tapi masih tak lepas..puncanya, sy tak dapat kenal pasti..tapi mengikut apa yang sy baca,

   1) selalu bg dry food mcm friskies tanpa selang seli dengat wet food
   2) dia mungkin trauma pada tulang pelvic menyebabkan dia susah meneran
   3) usus besar dia mungkin luka
   4) kurang minum air
   5) tak dapat susu ibu (pasal masa sy ambil dia, umur dia mungkin tak sampai sebulan)

ingatkan hari waktu dia mati tu nak bawa dia pegi vet, tapi dah tak sempat bila pagi tu sy buka kotak, then tengok dia dah keras..mula2 sy tak rasa apa pun taw..tapi, lama2 bila sy pejam mata pun, sy nampak mata biru dia waktu last day dia pandang sy lama2 tu..MOMOii, i'm sorry..selamat jalan MOMOii...kita jumpa kat sana ye..alhamdulillah, dia tak perlu tanggung sakit lama2 walaupun sy sedih lah juga....


دَخَلَتْ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلَمْ تُطْعِمْهَا وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ.

Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah. [Shahih al-Bukhari – no: 3318]




اتَّقُوا اللَّهَ فِي هَذِهِ الْبَهَائِمِ الْمُعْجَمَةِ فَارْكَبُوهَا صَالِحَةً وَكُلُوهَا صَالِحَةً.

Bertaqwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan yang bisu ini. Tunggangilah ia dengan baik dan berilah ia makan dengan baik. [Dikeluarkan oleh Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – no: 23]

Sunday, 8 July 2012

La tahzan..ALLAH bersamamu!!

assalamualaikum...

this should be the shortest entry kot..selalunya cakap macam tu lah..tapi bila tulis, berjela2..kui3..apa2 pun, entry kali ini pasal pandangan segelintir remaja kini terhadap remaja yang beriman..faham taki apa saya tulis?.agak berbelit2 dan bersimpul-sumpil..jom leraikan..begini..saya bagi satu keadaan, dan anda cuba bayangkannya..katakanlah ada seorang pemuda beriman, pakai songkok, berkemeja atau berbaju melayu, berseluar slack..pemuda ini pula berkerja atau belajar bersama satu kumpulan pemuda yang lain..yang tak pasti tahap agamanya bagaimana..pemuda beriman ini digelarkan ustaz..selalu disuruh membaca doa sebelum memulakan pekerjaan bersama sekelompok pemuda2 lain yang sy nyatakan tadi..digelarkan ustaz bukanlah isu utama di sini kalau mereka ikhlas..alhamdulillah kalau mereka benar2 memaksudkannnya..tapi kalaulah sekadar ingin memperlekeh, mengejek, sila nilai dulu diri sendiri..sempurna sangatkah kita untuk memperlekehkan orang..walau mungkin doa yang diketuai pemuda beriman tadi pendek atau tidak jelas suaranya..sibuk sangat lah dok mencanang sana sini..sempurna sangatkah anda..mampukah anda mengetuai bacaan doa seperti dia?,.

sedihnya..sangat menyayat hati...kenapa yang nampak beriman ni diperlekehkan?..suci sangatkah anda..kepada adik2, kakak2 yg bertudung labuh, berstokin, abang2 yang bersongkok..jangan putus asa..jangan sedih hati  ALLAH tahu apa yang kamu kerjakan..in sha ALLAH, di akirat kamu terbaik..ingat nabi Muhammad, lagi teruk dia dihina..biarpun anda dipulau, ingat, ALLAH tidak pulaukan kita bahkan ALLAH sangat sayangkan kita..DIA terlaaaaluuuuuu sayangkan orang beriman..in sha ALLAH..

"maka juangan sampai ucapan mereka membuat engkau (Muhammad) bersedih hati. sungguh Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka nyatakan."

Surah Yasin ayat 76

Saturday, 23 June 2012

korean..woaAHHH..

assalamualaikum..............!

apa habaq..?..rasa macam lama dah tak menulis..kui3..hari ni nak update status pasai korea2 ni laah..haishh..jangan tak taw, sy ni peminat korean jugak..kalau ada masa, memang sy google pasal diorang nih, bukak youtube, cari lagu2 baru..huihh..memang tak ketinggalan langsung..kat facebook pulak, siap like lagi page diorang..keh3..then, bila da ada news update, macam kilat, laju je tangan ni klik sana, klik sini pasai diorang..haha..untunglah, ada rupa..

(perhatian, ni cuma gambar hiasan..sy tidak berniat untuk mencela atau apa2 yg sewaktu dengannya.. :D)

seriously, bila dah minat tu mesti kita siASAT..cewahh..kalau dapat taw  berita baik tentang orang korea yang kita minat tu, hamboii...satu hari senyum macam nak terkeluar gigi tuhh..(memang tak dinafikan, sy le tuh..hew3)..tapi, kalau dapat taw, artis yang kita minat tu buat plastic surgery, pemabuk, kaki judi, or gay ke dan apa2 sewaktu dengannya..aduhai..lalok jadinya..seminggu pening lalat..

ngeheheheheh...(8x)

ada YG BERANGAN MCM NI TAK??..kakakakka....


tiba2 jugak, boleh dok rasa macam jatuh cinta pulak dengan depa tuh..(artis korea le tew...)..haduihh..ni dah parah la nih..kalau bawak pg hospital, boleh kena operation..korek2 sikit kepala tuh..heheh..sy macam tuh laa..kadang2 boleh lagho pulak dengan tanggungjawab as a student..dok weng2 macam tuh laa..study ke mane, korea ke mane..janji laptop depan mata, youtube progress laju...he3..status kat facebook pon mulalah jiwang2 tikus..kalo buleh (kalo xboleh pon jd boleh.. = =' ) tukar dp jadi muka korean..haha..itulah sy..lagi pulak tiba2 dapat taw member sebantal, sepinggan, sepermainan, sepadang dan sewaktu dengannya minat orang yg sama jugak, haihh..berangin hidung..peraANGGGG....!

padahal kita tak dapat apa2 pun..diorang langsung tak kenal kita..malah, langsung tak taw pun muka macam kita ni ada kat dunia ni..lagi pulak, mereka bukan islam..jugak melalaikan..minat dan berhibur memang boleh, tapi mesti mau ingat..setiap hiburan itu pasti menghancurkan..tapi lumrah kita tertarik dan cenderung pada sesuatu yang cantik, molek, handsome...apa2 pon..sy pernah sebahagian daripada peminat korea..dalam kita minat2 nih, jaga batas2 kita..jangan terlalu menyanjung, jangan sesekali memuja..jangan sebab mereka, kita lalai, kita lewatkan atau pendekkan waktu solat kita semata2 untuk kejar cerita2 mereka..kalau yang boleh tuh, boleh lah tak payah langsung menjebakkan diri untuk minat2 mereka nih..kalau yang dah terjebak, marilah kita buat perubahan walaupun perubahan tuh kecik kuman je..wajib buat perubahan sebab perkara ini mendekatkan kita pada maksiat..mana taknya, dah 24 jam tercongok tengok muka depa je, lupa Allah, lupa semua...dok berangan pon teringat muka depa je jadi hero..boleh jadi maksiat tu,, dan kita wajib jauhi maksiat sebab ALLAH tak suka dan benci kemaksiatan..


"dan janganlah kamu nikahi perempuan musyrik, sebelum mereka beriman. sungguh, hamba sahaya perempuan yang beriman lebih baik daripada perempuan musyrik meskipun dia menarik hatimu. dan janganlah kamu nikahkan orang (laki-laki) musyrik (dengan perempuan yang beriman) sebelum mereka beriman. sungguh, hamba sahaya laki-laki yang beriman lebih baik daripada laki-laki musyrik meskipun dia menarik hatimu. mereka mengajak ke neraka, sedangkan Allah mengajak ke syurga dan ampunan dengan izin-Nya. (Allah) menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia agar mereka mengambil pelajaran"

al-Baqarah ayat 221

p/s: uit2..pesanan ni jom kita amalkan sama2..nk berubah kena ramai lg sebagai teman penguat semangat :)

Tuesday, 12 June 2012

alahaiiiiii...........

assalamualaikum..

dah lama tak menulis kat sini kan..sebenarnya bukannya ape, pasal ada adik cuti kat rumah..bila dah tinggal sorang, inilah kerja sy..keh3..okeh, buat ape ye semua orang waktu ni..

tak de ape pun yang sy nak tulis..cuma, sy tersentuh hati dengan sekumpulan lelaki muda yang sudi tolong sy dan abah tolak kereta ahad hari tu..maklumlah, kalau hari ahad di sini, ada lah pekan sehari..mak dan abah sy berniagalah kat situ..nak dijadikan cerita, kereta abah sy ni asyik tak boleh start enjin dia..so, sy (seorang budak perempuan) cuba menolak kereta tu sorang2 sementara abah sy di dalam kereta..bukan apa, pertama, sy memang surrender kalau bab2 bawak kereta nih..kedua pulak, abah sy sakit..tu yang sy tak mahu dia tolak..jadi, tak apalah, sy pun tolaklah kereta tu..anda semua bayangkanlah, kudrat sy sebagai sorang perempuan nih..memang jauh kereta tu berjalan (haha..ayat perli je nih,..)..tak gerak langsung kereta tu..

alkisah, datanglah sorang laki muda yang tengah minum air.. "kenapa ni pakcik?"..."kereta tak boleh start pulak"..abah sy menjawab sambil buat2 gelak..lalu, abah sy suruh lelaki tu masuk dalam kereta, sementara abah dan saya sama2 tolak..duhai, abah yang tak berapa nak sihat, dan sy sebagai perempuan, memang tak gerak sangat..tiba2 datanglah sekumpulan lelaki, tolak sama dengan sy, alhamdulillah, kuasa ALLAH, kereta berjaya dihidupkan..sy tak sempat ucap apa2 pada mereka semua..kami selalu diuji dengan kereta kami yang bermasalah tu..

ada juga satu hari tu, dekat pasar..sekali lagi enjin tak boleh dihidupkan..kali ni sy seorang je yang tolak kereta..sy perasan orang yang lalu lalang tengok sahaja..tak ada seorang pun yang tolong sy sampai abah terpaksa panggil orang..ALLAH, tersentuhnya hati sy..saat sy , perempuan ni, tolak kereta yang mustahil untuk bergerak dengan tenaga sy, orang hanya mampu memandang..sungguh sy sedih..tapi, sy cerita pada mak..mak kata, siapa yang nak susah sama dengan kita, kak..mungkin orang tu ada penyakit sama macam abah kot..ya, mungkin juga sy tersalah faham..tapi, ALLAH menguji hingga kita mampu mengucap syukur walau hari itu sy dalam kesusahan..alhamdulillah..

sama2lah kita ingat pada ALLAH..in shaa ALLAH, kita akan dirahmati-NYA..dan pengajaran untuk kita kongsi bersama, walauapapun terjadi, jangan kita bersangka buruk pada ALLAH, jangan bersangka buruk sesama manusia..sy tahu itu susah..sy pun rasa susahnya, tapi, benda yg susah itu lah akan bawa kita ke syurga..in shaa ALLAH.. daebakk2..!!!!

p/s: take it easy..!

Friday, 25 May 2012

ASSALAMUALAIKUM..

okeh, lewat lagi..hari ni takda apa2 pun..cuma nak tampal sikit satu karya sy yg agak kureng..ni sy buat sebagai assignment hari tu tapi lari dari tema dia..hahah..nasib lah..maaf jugak ye andai bahasa inggeris sy ni merosakkan mata anda..kui3.. - -'..haishh...ok, kita mulakan...

the voice whisphered again..
this time, it's much closer..
it's too soft..
touching my heart..
killing the peace of my soul..
abusing me..
i'm empty..!
but the pain always definitely..

and just like the old days..
the flashback started.,.
i'm standing there alone..
in a place worn down by sadness..
following the road with no end..

even if i regret, it's too late..
i can't find the way to go back..
the last image of you..
seems to be locked in the rims of my tears..
can you stay by my side..?

when no one are able to explain..
as there are no words to explain..
then, tears will explain..
using their own way..
right now..
i can't say any words..
i really can't..!
where can i find your smile..?

i closed my eyes..
i'm wandering to see you again through my dreams..
hope something called miracle is waiting for me..
i'm afraid if your face vanished as i open my eyes..
but i have to walk straight..
but, don't you know it's too painful..?
just like the boat oppose the stream..

on the opposite coast of sadness..
there's something called smile..
i'm sorry friend, i've to leave..
wait for me in Jannah..

created by jee,..


p/s: sekian, tima kasih.. :)